RAHSIA
& KELEBIHAN
KAYU KOKKA
Jenis kayu Bahtera
Nabi Nuh AS - Tongkat Nabi Musa AS
Setiap
ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang
tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang
tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai
ciptaanNya itu disertakan khasiat yang tersendiri. Tiada suatu pun
makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut
tersimpan seribu satu rahsia. Allah SWT memerintahkan manusia
mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang
terkandung di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia
mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai
khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai hasil galian
dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.
Sepertimana kita sedia
maklum, Platinum, Emas dan Perak merupakan antara bahan logam
yang paling berharga. Platinum merupakan logam yang paling mahal
dan antara kelebihan yang ada padanya adalah kemampuan
menyingkirkan haba. Bagi wanita misalnya, Emas adalah sangat
tinggi nilainya. Antara logam yang bernilai tinggi dalam industri
pembinaan pula adalah Titanium yang digunakan untuk membina
pesawat dan seumpamanya kerana ia keras dan ringan. Terdapat
pelbagai logam lain yang mempunyai kelebihannya tersendiri. Namun
dalam kebanyakan logam, magnet atau besi berani adalah logam yang
paling aneh dan unik.
Di dalam kategori kayu
pula, kajian saintifik mendapati Tongkat Ali mengandungi
khasiat sebagai penawar bagi menguatkan tenaga dalam tubuh badan
manusia. Terdapat juga pelbagai jenis akar dan kayu yang boleh
dijadikan ramuan sebagai penawar dan penyembuh penyakit. Kayu Tas
pula mempunyai kelebihan sebagai pelindung sepertimana yang
digunakan oleh pengendali pertunjukkan sarkis bagi menakut dan
menundukkan binatang buas. Manakala kayu Kokka
pula merupakan kayu paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu
yang terdapat di muka bumi ini. Ianya telah digunakan sejak zaman
Nabi-nabi yang terdahulu. Contohnya seperti bahtera Nabi
Nuh AS, tongkat Nabi Musa AS dan Nabi Syuaib AS diperbuat
daripada kayu Kokka.
Kesemua ciptaan Allah SWT
hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT
jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN
dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA
dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia
dan kelebihan.
Kayu Kokka terdapat padanya
pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar,
penyembuh dan pelindung. Apatah lagi jika diguna
pakai dalam bentuk
Tasbih. Kayu Kokka juga boleh menjadi
lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa. Kayu Kokka
wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak
‘First Aid’ sebagai persediaan di saat kecemasan atau
darurat.
Diantara
rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang
telah memakainya:
-
Rumah yang
memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis
makhluk, insya Allah.
-
Anak
menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam
sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan
tidur.
-
Sakit gigi;
rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur
dengannya dan minum, insya Allah sembuh.
-
Sakit
kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang
sakit, insya Allah lega.
-
Demam,
sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan
beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
-
Ibu dalam
pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan
minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.
-
Termakan
santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum,
insya Allah sembuh.
-
Sekiranya
dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari
binatang liar atau berbisa.
-
Letakkan
pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah
akan hilang segala bisanya.
-
Jika dibawa
bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan
aman.
-
Sekiranya
memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka
tidak akan terdaya.
-
Menurut
sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4
wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu
mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya
beroleh kemenangan, alhamdulillah.
-
Jika dalam
keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi
bahaya, insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang
beriman dan beramal soleh.
Kepada sesiapa yang ada memilikinya,
membawanya sahaja walau sebiji,
jaga amalan dan mohon kepada Allah SWT agar Dilindungi dari bahaya
penyakit berjangkit, insya Allah.
Akan bertambah lagi khasiatnya
jika digunakan sebagai tasbih untuk berzikir.
Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa
atas segalanya.
Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya serta
sentiasa mengingati Allah SWT
dan mohon kepadaNya adalah penting dalam memperoleh kesejahteraan
di dunia dan akhirat.
Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan
yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.
Semoga dapat dimanfaatkan demi Agama, Keluarga, Bangsa dan Negara.
INSYA ALLAH
2001
© Darul Nu'man.
|